Ahad, 6 November 2016

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web - Part 2

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (Bahagian 2/5)

2. Pemasaran Affiliate

Ramai orang bila hendak sertai mana-mana affiliate, mereka fikir perlu mempunyai sebuah blog atau laman web untuk benar-benar menjana duit dari affiliate - tetapi itu tidak benar!

Walaupun blog atau laman web terbukti berkesan dapatkan jualan affiliate, tetapi media sosial platform paling  berkuasa sekarang ini. - tidak ada laman web yang diperlukan!

Perkara yang berbaloi anda lakukan  ialah membina pengikut (follower). Mereka ini yang sebenarnya akan membeli apa yang sahaja yang anda jual dan ia mengambil sedikit masa untuk kumpul follower. Tetapi amat berbaloi! Jadi, jangan harapkan jualan bergolek-golek datang dengan hanya  tweet link affiliate atau share link affiliate secara membuta tuli di facebook.

Sebaliknya, fokus kepada  membina jaringan media sosial mengikut cara yang betul. (JANGAN membeli followers, ini termasuk:
  • Membina kepercayaan dengan pengikut anda (beri nilai tambah yang berkualiti, maklumat berharga)
  • Promosi produk yang anda sudah cuba atau mengetahui kebaikkannya.
  • Jangan terlebih menjual! (tidak perlu semua entri anda diletakkan link affiliate)

Lagi bagus kalau anda ada Facebook Fan Page ia boleh menjadi cara terbaik untuk membuat wang melalui pemasaran affiliate. Anda boleh buat Facebook Fan Page untuk apa sahaja topik yang anda suka.

Pilih topik niche yang popular, buat Facebook Page, dapatkan seberapa banyak "like" yang boleh dan mula post entri yang relevan, menarik, dan entri yang berkaitan dengan niche tadi - dan, ya, sebahagian daripada entri/posts mengandungi link affiliate tetapi pastikan tidak semua posts perlu diletakkan link affiliate.

Perlu diingat, lebih banyak orang ‘like’ Facebook Page anda, lebih banyak ‘engagement’ yang akan menghasilkan jualan. Jika anda serius mengenai Facebook sebagai satu cara untuk membuat wang secara online tanpa laman web, anda boleh promosikan Facebook Page anda dengan Facebook Ads walaupun dengan budjet yang rendah, Facebook Ads adalah pilihan terbaik.

5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (Bahagian 2/5)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan