Selasa, 26 Mac 2019

Bukan benci dia tapi benci sikap dia

 #ceritaemas
Adik cincin ni berapa harga?
Lebih kurang RM800 hat besar ni Kak.

Akak ni ikutkan banyak kali dah datang.
Tapi tiap kali tu, sambil menanya barang
sambil tu dia ber'zikir'

'Kita bukan benci dia, tak baik kan benci orang, tapi benci sikap dia.'
Nanti kita beli, kita senyap je ye..
Bukan beli nak berlagak kita ni ye..
Saje je kita beli buat gi kenduri je ye
Kita pun takut kena ragut ye..
Tak baik buat kita camni ye..
Tapi insha allah ada lain yang Allah nak bagi ye..
Aduhai..
Berapa banyak 'ye' laa hihihi
Kesian kat akak ni.
Barangnya tau-tau kat pajak gadai C**A
Nak tebus dah tak boleh
Angkara menantu..
Baiknya akak ni, dia cuba positifkan diri
Nak Marah tak baik katanya,
Nanti bermasam muka.
Jadinya nak mengubat hati
Cuci Mata dulu
Sementara Kumpul duit nak ambil lain.
Sama-sama la kita doakan baik-baik
untuk akak ni ye.
Moralnya apa kawan-kawan😊
Akak ni ajar kita,
jaga ukhwah tu lagi penting dari
Ikut hati yang marah..
Sekian coretan dari
KaK Zan yang tumpang geram kat Menantu akak tu!

Tiada ulasan:

Catat Komen