5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (bahagian 1/5)
Adakah benar boleh buat duit dalam talian (online) tanpa
laman web? Jawapannya, Ya!
Dan saya tidak bercakap tentang laman web kaji selidik
(walaupun memang ada yang betul-betul boleh buat duit!). Biasanya, apabila anda
memikirkan menjana pendapatan secara online, minda anda spontan fikir untuk mempunyai sebuah blog atau laman web dan menggunakannya sebagai
platform untuk menjana wang.
Walaupun mempunyai blog atau laman web masih salah satu cara
terbaik untuk membuat duit secara dalam talian (online), terdapat beberapa cara
untuk mendapatkan wang tunai tambahan atau dijadikan pekerjaan sepenuh masa -
tidak ada laman web yang diperlukan.
1. YouTube

Iklan YouTube
Dua cara yang
popular untuk membuat Duit Video dengan YouTube ialah iklan dan video yang
ditaja. Meletakkan iklan begitu mudah dengan hanya menghubungkan Google Adsense
dengan YouTube. Jika anda tidak mempunyai akaun Google Adsense, anda boleh mendaftar
secara percuma. Dengan Adsense, anda akan mendapat jumlah yang ditetapkan untuk
setiap 1,000 paparan video yang anda terima.
Apabila penonton YouTube anda semakin ramai, anda akan ditawarkan untuk menyertai Rangkaian Multi-channel dan Program Rakan Kongsi YouTube (YouTube Partner Program). Ini memberi kelebihan promosi video anda di Youtube dan peluang iklan dikeluarkan di video anda adalah tinggi.
Jangan lupa tentang jualan affiliate di YouTube. Saluran (channel) yang memberi tumpuan kepada
ulasan produk adalah platform yang sempurna untuk pemasaran affiliate. Malah,
sesetengah orang membuat pendapatan online mereka hanya melalui jualan
affiliate di Youtube.
Beberapa idea popular yang boleh anda lakukan termasuk:

Ulasan Produk - Seperti yang saya nyatakan, saluran ulasan
produk mudah menghasilkan wang dengan iklan dan link affiliate. Jika anda
menjadi cukup popular, banyak syarikat yang berminat membayar anda untuk
mengulas produk mereka dalam bentuk video.
Bagaimana-tos & Tutorial - Berjuta-juta penonton ke YouTube setiap
bulan untuk belajar (how to do) bagaimana untuk melakukan segala-galanya daripada
solek muka hingga bagaimana memasang tombol pintu pun. Jika anda kreatif,
berguna, atau seorang pakar, anda boleh membuat wang dengan video berinformasi iaitu
berkongsi kepakaran dan ilmu anda dengan
orang lain.

Muzik - Jika anda ada bakat menyanyi atau boleh memainkan apa-apa instrumen
muzik, pertimbangkan memulakan kerjaya muzik anda di YouTube seperti Yuna dan Justin Bieber.
Membuat duit di
Youtube boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Saya pernah membuat beberapa video
yang begitu pendek (kurang 1 minit) berkongsi tips pelihara ikan. Video
bodoh-bodoh kata orang Melayu, ia memeberikan saya secara konsisten USD10
sebulan selama setahun. Bayangkan kalau kita mempunyai banyak video di Youtube!
Kalau
berkesempatan saya akan kongsi cara buat duit video ni dalam bentuk ebook. Tapi bagi
mereka yang serius nak menjana wang melalui video anda boleh dapatkan panduan
lengkap dari Wazeen Azizan & Gobala Krishnan: Duit Video.
5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (bahagian 1/5)
p/s: Jangan lupa untuk baca 5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web bahagian 2.
5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web (bahagian 1/5)
p/s: Jangan lupa untuk baca 5 Idea Buat Duit Online Tanpa Laman Web bahagian 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan