Sabtu, 28 Mac 2020

Kenali Jenis-Jenis Trader, Yang Mana Satu anda?


Kenali Jenis-Jenis Trader, Yang Mana Satu anda?




Karekter/Sifat individu itu unik dan berbeza sesuai dengan keperibadian dan minat.

Begitu juga dalam melakukan trading. Tak ada ada seorang trader pun yang mempunyai cara trading yang sama sepenuhnya.

Sebelum trade anda perlu tahu anda jenis yang bagaimana. Baru anda boleh memilih cara/teknik trading yang paling tepat/sesuai untuk anda.

Ketahui Teknik atau strategi yang tepat adalah untuk memperolehi PROFIT secara KONSISTEN.


Secara umumnya ada 4 Jenis Trader

JENIS TRADER
CIRI-CIRI
Scalper
Trader jenis ini menetapkan target profit yang sedikit tetapi dengan kekerapan trading yang tinggi. Masa yang diambil adalah singkat, sekitar beberapa minit sahaja. Banyak bergantung kepada analisis teknikal.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: M1, M5, M15 dan M30
Day Trader
Posisi trade mereka selalunya akan berlanjutan selama beberapa jam, tetapi tidak melebihi sehari (intraday)
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H1, H4 dan D1
Swing Trader
Lebih kurang sama dengan day trader tetapi posisi trade mereka akan ditutup dalam beberapa hari dan tidak melebihi dari seminggu.
H4, D1 dan W1
Position Trader
Merupakan trader paling lama berada di dalam market. Analisis banyak menggunakan analisis fundamental. Posisi trade akan berlanjutan sehingga beberapa minggu atau beberapa bulan.
TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: D1, W1 dan MN (Monthly)

Tiada ulasan:

Catat Komen